Saturday, April 30, 2011

Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah

Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, 
apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah 

bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah 
kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan 
nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak 
berhati-hati.


Nama syaitan
1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU
4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAK
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS
6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari'
Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada 

mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta 
pertolongan"!!!!

7) SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa 

henti.

8) AMIN .hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul 

iaitu AA...dua harakat, MIN.... 3 harakat, semoga Amin kita 
bersamaan dengan Amin malaikat  Insya-Allah. semoga kita menjadi 
orang yang sentiasa membaiki bacaannya.


Perhatian ;
Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat 

rahmatNya,

Insya-Allah. 

Akim AF7 - Kau Ilhamku Official Video Clip




lagu akim nyanyi.. terserlah vokalnya,hehhehe.. sma umo ngn aku lak 2.. =)

Saturday, April 16, 2011

BUAH durian buah-buahan TEMPATAN.. =)

wahai sekalian teman-teman.. ari nie aku nk berblogger n bercerita ckit kad korang cmua.. ok cerita hari ini cmua sedia maklum yah.. buah-buahan tempatan.. BUAH DURIAN.. =) ellleeeehhh.. korang taw pon sebab aku dh cta kan.. =) buah durian.. lazat enak berkrim.. 
WOW...!!! mmg perhh.. =)

**********
**********
**********

buah durian ini mang setiap taun kmi akan beli tuk sekeluarga mkn la ktakan.. slalunya bla berkumpul cmua la.. tpi taun lps ngn taun nie kak aku yg duk KL x dakk.. so x dpt mkn la yew.. sedih2.. cian dia.. so upload la pic bgi dia tgk,hehheheh.. ke hadapan CIK MASNI.. saborr yorkk,,!!! =)

***********
***********

sekilo 2 hinggit.. SEKILO 2 HINGGIT...!!! SPA NK BELI MEH CNIE...!!jual2.. harga promosi.. SELONGGOK kasi murah aja.. 50 hinggit.. =)

da gaya x..?? =)

selonggok....!!! =)

korang nk taw.. bear pon tingin nk mkn gak buah durian nie.. cian dya,huhu22...

*********
*********
*********

korang taw x buah durian nie di mkn mcm mna..???
msti korang x taw kan,ahahhaha..

bnyak cara tuk dimkn.. da yg mkn saja.. da yg mkn ngn pulut.. da yg x mkn langsung.. RUGI TAW SAPA YG X MKN 2..!!! hahhaha.. seeedddaaappp...!!! 
tpi ikut rasa msing2 la.. kta x leyh paksa.. =)

*********
*********
*********

 ini santan setelah dimasak dan ditambah garam.. so berlemak la ckit.. =)

 ini gula... x kn x taw kot.. bkn garam yew.. =)

ini pulut.. yg dh ditanak tuk dimakan.. =)


*******
*******
*******

okehhh... tuk family aku.. slalaunya kami mkn ngn pulut n nasi.. pulut or nasi digaulkan dengan santan+gula+durian.. so mkn la.. seddaaappp hingga menjilat jari..!! rasa nya manis2.. rasa buah durian..!! sebab tu la sedap,hhehehhe...




korang x kan x taw..!! teng2.. ini lah buah durian..!! dia da mcm2.. warna kuning warna putih.. rasa pon lain2 la kan.. da manis, da tawaq.. mcm2 la.. =)

********
********
********

so ini lah hasilnya...


seddapp x....????? =)  
nyummy2....
sedappp la...
kepada spa2 yg x pernah rasa 2 cuba2 lah.. 
seedddaappp taw... =)

CIK MASNI MOHD SOBERI...!!! tgk jew la noh yew.. nk mkn blk umh yorkk...!!!
ok.. t kite cta g erk...!!!
selamat mencuba yah cmua... =)

p/s: sory.. kualiti pic x bpa mnarik..!!! 2.0 only.. =)  tpi still nmpk sedap kn.. =)

Thursday, April 14, 2011

SEPATU+boxer+kELAwaq+50$ = kAmi..=)

nie aku nk cta sal roomate aku..!!! 
kan aku dh jnji nk cite sal dia.. =)

nama: nurul azma bt abdul razak
umo: x ckup 20thn g
dok: kad perlis.. chuping...!!!
tinggi: rendah pada aku..
berat: x dpt dikesan =)

hahahha.. dia nie kuat gelak..!! klu gelak msti x bhenti,hahaha.. dia pemalu owg nya.. spa x knl dia la.. aku yg dh knl nie urmmm..!! gla..!!! dia best.. kadang2 ska wat terkejut aku..!! yg 2 aku x leyh cta la sal apa,hahaha..lagi 1.. aku kn slalu tdoq lwt.. so lmpu pon lmbat tutup la.. dia bleyh tdoq x tutup lampu kerna aku.. 10q azma..!! tpi sma ja dya tdoq..nyenyak semacam ja,hahhaha.. 
kmi da p langkawi.. kmi beli boxer yg sma..!! dia tru aku nah.. =)hahahha..
klu x dia nk beli warna len.. tba2 amik cm aku..!!!hahahha.. so sedondon la kmi... =)
x sengaja kmi nk beli.. tpi mang kmi rncang nk beli boxer pon.. tgk boxer tingt la kad dia..


1 hari dak depan bilik aku jual bju kelawaq.!! kmi beli skali.. aku warna hijaw dia warna ungu..!! tpi kmi x smpat nk pkai skali sbb dia wak blk umh dluw,hahahha.. so gmbaq pon x dan nk tngkap la,hehehhe..

aku nk cta lgi la sal dia dan aku..bkn slalu bleyh cta sal dia nie.. dia dh la pemalu owgnya.. kadang2 lawak..!! urmm..!! ari2 dia beli kasut comey...!!! warna pink...!!!hahahha.. aku pon berkenan.. so aku pon p beli.. kali nie aku tiru dia plak..!! boxer dia tru aku.. so sepatu aku tiru dia...hahahhah =)


lupa nk cta kad korang..!! hahaha.. kmi pengumpul det syiling 50$.. yg nie x taw spa tru spa.. kmi lwn kumpul det syiling..!!kononnya menabung la.. da 1 ari 2 kmi bergaduh sal det syiling.. det syiling 2 spatutnya det dia.. aku x maw bgi det 2.. aku bgi det 20$ 20$ 10$.. dia marah aku..!!hahhaa.. hah la nk kumpul spa pling bnyak kan.. =) tpi aku kan baek..!! kasi la blk det 2,aku x leyh lupa la.. bertengkaq x maw2 nk det 2.. pdahal 50$ ja.. kmi gduh manja la.. mna da gduh berperang..!!!hahhahah.. kerana det syiling la ktakan... =)


 nk tgk kew spa orang nya,hahha.. org nya cute miut,heheheh..
teng2..!!
mempersembahkan 
NURUL AZMA BT ABDUL RAZAK... =)


SUPRISE...!!! =)



kan aku dh ckp.. aku tinggi g dari dia,hahhaha... cute x..?? sapa berknan col aku ehh,ahhaha..k lah.. aku x taw nk cta dah sal dia.. nie lah sem akhir aku bersma dia.. pas nie x taw la bla lg..!! aku sayang dia walaupon dia x syg aku,hahahha... nurul azma..!! gud luck 4 fnal xzam.. aku doakan smoga ang berjaya n chat2 slalu... take care..!! sayang nurul azma..!!!

Thursday, April 7, 2011

Disaat-saat akhir

pgi2 nie boring la.. aku pon berfb la pg2 nie..tba2 tingat nk blogger =) 
dh bapa bulan aku x update tentang diri ku disini.. bkn pew x da msa nk menaip.. da bnyk lagi nk kna menaip.. 18/4 dh stat final xzam aku.. xzam akhir tuk mendptkan sijil.. pas2 aku nk smbung dip dngn segera.. agak takut la sem nie coz sem nie bnyak sbjek membaca.. I DONT LIKE IT..!!! mrkah pb pon bleyh la.. klu hrp nk lulus insyaALLAH la tpi tuk mndptkan A aku x berkepastian lg. aku lmah bab sbjek membaca nie.. 

aku nk cta satu ari nie..ari 2 aku study baek pnya.. berlambak2 kertas yg perlu dihafal kn..aduuhhhhhh...!!!! sakit pala...!!! pnat eden taw.. =) sbnaqnya aku asa aku perlukan transformasi tuk membuatkan aku sng nk mambaca jdi aku pon kemas meja aku.. yg mna buku2 yg x amik time xzam aku dh kelas siap2.. pening gak aku.. serabut ngn kertas.. klu jual cmform bnyak dpt 2,hehhehe...tpi syokk asa cm qeja office daa.. =)
nie pic meja aku yg kononnya aku study larh..=) pdhal mengemas ja pon..

hasil daripda transformasi aku..!! lawa x..??? bkn2.. kemas x..???bleyh la kn dri b4 nie.. =) yg pling penting..  boyfren aku 2 msti da ngn aku 24jam.. tnpa dia aku x leyh wat koja.. =) my HP520.. yg len x da g x pa.. jnji dya ada.. =) so bleyh la aku study pas nie,hahahha.. tpi kan aku bkn study kad poli pon.. aku blk umh study kad umh,hahhaha... so adakah sia2 aku kemas nie..??? urmmm.. let's me think..!! =) 


ok larh teman2.. t aku cta sal roomate aku lak ea.. daaa...

Monday, April 4, 2011

Balasan Meninggalkan Solat Jumaat.

Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w, ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya: “Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?” (Muslim)

Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat Jumaat hukumnya adalah fardhu ain ke atas setiap individu muslim (apabila memenuhi segala syarat-syaratnya). Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaan-Nya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah pintu hatinya lama-kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah menjadikan mereka semakin sesat dan tanpa segan terus melakukan dosa-dosa yang lain.

Sesungguhnya orang yang dibenarkan meninggalkan solat Jumaat hanyalah mereka yang menghadapi kesukaran yang mencapai darjah keuzuran syar’i sepertimana yang berlaku kepada orang sakit dan orang musafir. Oleh itu sekiranya seseorang itu tiada sebarang alasan yang munasabah di sisi syarak untuk meninggalkan solat Jumaat, maka hendaklah mereka mengerjakannya kerana solat Jumaat selain daripada suatu kewajiban dalam beribadat kepada Allah SWT, ia juga merupakan satu syiar Islam yang wajib dipelihara demi menjaga kesucian agama.

Andai Lelaki Tahu.. =)

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah anda akan bersama semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.